Wednesday, October 12, 2016

Cara membuat website menggunakan html

ASSALAMUALAIKUM PEMINAT

Harini saya nk share dengan peminat tentang projek yang baru-baru ni saya buat, Pensyarah saya bagi projek untuk reka website yang kita nak, tajuk pun kita pilih sendiri, design pun kita pilih. Yela kan kita dah masuk semester 4, so setiap kerja pun makin lama makin rumit la sikit. Takpe, nak berjaya kena tempuh semua jangan merungut. Tu satu tips untuk berjaya. Okay jom kita teruskan point yang sebenar, benarnya. Setiap kerja yang kita buat ada langkah-langkahnya so ikut step by step okay ? 

First, kita kene keluarkan semua idea yang kita ada dalam otak kita untuk design website kita sendiri, macam yang asas lah, nak website kita dalam bentuk elegance ke ? simple tapi nice ke ? haa terserah la ikut kehendak kita. Saya akan paparkan contoh website yang sepatutnya kita design.

Contoh 1
Contoh2

Contoh 3
Okay gambar-gambar yang saya share tu hanyalah sebagai ilham untuk peminat yang membaca blog saya ni. Harap ape yang saya sampaikan ni dapat sedikit sebanyak membantu peminat. Insyaallah.
  1. Pada mulanya saya meluahkan idea saya pada atas kertas, ayat yang paling orang paham saya lukis website saya tu pada kertas. Depends kita sebagai designer macam saya, saya membuat 6 page untuk website saya sebab ini sekadar projek, jadi saya buat sikit sahaja muka surat.
  2. Pada langkah kedua saya mula memilih perisian yang saya ingin gunakan, pada projek kali ini saya menggunakan basic HTML, dan memilih tema hitam dan putih. Website yang saya buat  adalah seperti di bawah.



3. Untuk pengetahuan peminat, saya membuat logo itu hanya menggunakan coding. Contoh coding tu saya akan share di bawah ye, harap boleh membantu peminat untuk mendesign website peminat sendiri. :)


4. Saya menyiapkan website saya dalam masa sebulan. Dan apabila website saya sudah siap 100% ,saya ditugaskan untuk membuat presentation (pembentangan) di dalam kelas. Dengan adanya projek seperti ini saya menjadi lebih bagus dalam bidang aplikasi web yang saya pelajari di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Saya berharap setiap apa yang saya kongsikan dalam blogger ini menjadi manfaat kepada peminat yang membacanya. Semoga jumpa lagi. Terima Kasih. :)

1 comment: