Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ini dapat lagi saya mengupdate blog. Untuk entri kali ini saya akan berkongsi sedikit pengetahuan yang saya tahu tentang penggunaan hashtag di Malaysia. Rata- rata pengguna yang menggunakan hashtag ini datangnya dari mereka yang aktif di media sosial seperti Twitter Facebook Instagram dan lain lain.
Trend hashtag ini semakin berleluasa di media sosial apabila ramai pengguna yang menggunakan twitter. Penggunaan hashtag ini memudahkan semua pihak untuk mengetahui isu semasa dan trend trend yang wujud di dalam media sosial.
Cara menggunakan hashtag mudah je, Letak je penggunaan # tu didepan ayat dan sambungkan je macam ni #PrayForPalestin buat je banyak-banyak nanti dia akan menjadi warna biru.
Banyak fungsi yang boleh kita dapat apabila menggunakan Hashtag antaranya
1. Memudahkan Pencarian sebuah topik
Apabila kita di media sosial, kita mesti sering menghabiskan masa bersama komputer kita dan penyambungan internet yang laju, kan ? Haaa, apabila berada di dunia media sosial kita mesti ingin juga mengetahui isu semasa yang berada di media sosial seperti isu berita isu pergaduhan dan lain lain, apabila pengunaan # digunakan ini akan memudahkan semua pihak mengetahuinya dengan mudah
2. Sebagai sarana promosi produk
Sebagai ahli perniagaan (marketing) penggunaan # amat penting untuk pelanggan mencari produk yang dijual seperti di instagram. Misalnya sebuah Blogger Terkenal akan memberikan hashtag #websiteAku dalam mempromosikan produk atau ilmunya untuk menginformkan para pencari informasi bahawa salah satu jasa dari perusahaan tersebut sesuai dengan hastag-nya iaitu "websiteAku"
3. Memperluaskan Posting Anda
Ketika anda menulis sebuah artikel dan posting pada sebuah media sosial, pasti yang melihat entri anda merupakan rakan dan orang orang yang ingin mengetahui perkembangan anda. Dan jika anda menggunakan # dalam post yang anda tulis pasti pembaca yang ingin mencari maklumat itu akan membaca artikel yang anda post kerana penggunaan # akan terkait dengan website kita jika itu yang pengguna cari.
Akhir entri ini saya harap apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh pembaca. Terima Kasih. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment