Monday, August 31, 2015

Cara meletakkan slideshow bergambar pada entri

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang cara meletakkan slideshow bergambar dalam entri. Ikut step by step. Okay ?

Langkah satu

Pilih gambar yang menarik dan save dalam folder mana-mana

Langkah dua

letakk coding ini dan masukkan gambar yang anda inginkan ke dalam URL GAMBAR yang disediakan. Letak pada bahagian HTML sebelah Compose.

<marquee direction="left"><img src="URL GAMBAR"/><img src="URL GAMBAR"/><img src="URL GAMBAR"/></marquee>

Langkah Tiga

Akan jadi la hasil seperti ini


Sunday, August 30, 2015

Dunia Selfie

Assalamualaikum. Hai. Kali ini selfie menjadi isu perbincangan saya untuk entri kali ini. Apa itu selfie ? Apa maksud perkataan selfie ? mana pulak la datangnya selfie tu ? Sebentar, kita cerite satu satu tentang dunia selfie ni.


Maksud Selfie

Rata-rata pengguna di Malaysia ini ramai yang suka tentang tabiat selfie mungkin ramai sudah tahu apa itu selfie dan mungkin bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan smartphone baru tahu tentang selfie dan mungkin juga ada mereka yang taktau langsung pasal selfie. Baiklah selfie ini datangnya dari perkataan english yang bermaksud "self potrait photography". Dalam makna lain seorang induvidu yang menangkan gambarnya sendiri menggunakan kamera atau smartphone.

Keburukan & Kebaikan Selfie


  • Saya tak la kata selfie ni ada buruknya je, Bagi saya kebaikan selfie pun banyak juga. Selfie ni boleh dijadikan gambar kenangan. 

  • Selfie ni tak susahkan orang lain nak ambilkan gambar kita. 

  • Masa pun tak membazir, cepat je tekan je tengah tengah tempat kamera tu terus save dalam album phone.


Tapi tak semua bende ni takde keburukan.


  • Selfie ni keburukan dia boleh buat kita anti sosial
  • Jarang masa sama keluarga
  • Selfie adalah sejenis penyakit
  • Mendatangkan emosi tak stabil bila lihat orang lagi lawa dari dia
  • Mendatangkan sifat dengki
  • Taksub dengan gambar sehingga mencari pemandangan lawa yang boleh membahayakan diri




Nasihat : Tak salah nak selfie tapi berpatut patut la tempat dan masanya. Hormat orang lain dan jangan salah meletakkan gambar orang lain dalam acc kita sebagai gurauan. Itu telah salah dari segi hukuman. 



Wednesday, August 26, 2015

Penggunaan # Hashtag

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ini dapat lagi saya mengupdate blog. Untuk entri kali ini saya akan berkongsi sedikit pengetahuan yang saya tahu tentang penggunaan hashtag di Malaysia. Rata- rata pengguna yang menggunakan hashtag ini datangnya dari mereka yang aktif di media sosial seperti Twitter Facebook Instagram dan lain lain.

Trend hashtag ini semakin berleluasa di media sosial apabila ramai pengguna yang menggunakan twitter. Penggunaan hashtag ini memudahkan semua pihak untuk mengetahui isu semasa dan trend trend yang wujud di dalam media sosial.

Cara menggunakan hashtag mudah je, Letak je penggunaan # tu didepan ayat dan sambungkan je macam ni #PrayForPalestin buat je banyak-banyak nanti dia akan menjadi warna biru.

Banyak fungsi yang boleh kita dapat apabila menggunakan Hashtag antaranya

1. Memudahkan Pencarian sebuah topik

    Apabila kita di media sosial, kita mesti sering menghabiskan masa bersama komputer kita dan penyambungan internet yang laju, kan ? Haaa, apabila berada di dunia media sosial kita mesti ingin juga mengetahui isu semasa yang berada di media sosial seperti isu berita isu pergaduhan dan lain lain, apabila pengunaan # digunakan ini akan memudahkan semua pihak mengetahuinya dengan mudah

2. Sebagai sarana promosi produk

    Sebagai ahli perniagaan (marketing) penggunaan # amat penting untuk pelanggan mencari produk yang dijual seperti di instagram. Misalnya sebuah Blogger Terkenal akan memberikan hashtag #websiteAku dalam mempromosikan produk atau ilmunya untuk menginformkan para pencari informasi bahawa salah satu jasa dari perusahaan tersebut sesuai dengan hastag-nya iaitu "websiteAku"

3. Memperluaskan Posting Anda

    Ketika anda menulis sebuah artikel dan posting pada sebuah media sosial, pasti yang melihat entri anda merupakan rakan dan orang orang yang ingin mengetahui perkembangan anda. Dan jika anda menggunakan # dalam post yang anda tulis pasti pembaca yang ingin mencari maklumat itu akan membaca artikel yang anda post kerana penggunaan # akan terkait dengan website kita jika itu yang pengguna cari.


Akhir entri ini saya harap apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh pembaca. Terima Kasih. Assalamualaikum.

Monday, August 17, 2015

Navigation Form

Assalamualikum, Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada entri kali ini. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang cara membuat navigation form. Macam biasa ada step membuatnya, ikut step satu persatu.

Langkah 1

Terlebih dahulu kita perlu membina jadual pada aksess untuk kita membina navigation form seperti gambar ini.


Langkah 2 

Klik pada ribbon dan tekan "create" Dan Pilih "navigation"


Langkah 3

Akan keluar pilihan pada "navigation" setelah kita membukanya


Langkah 4

Pilih design yang anda suka, Dan tekan pada pilihan anda itu. 


Langkah 5

Klik pada form yang kita inginkan untuk membuat laporan dan dragkannya ke dalam "add new"


Akhirnya akan menjadi hasil seperti ini dan anda boleh edit jika anda ingin mencantikkannya. Sekian sahaja entri pada kali ini. Terima Kasih.








Monday, August 10, 2015

SUBFORM

Assalamualaikum. Alhamdulillah diberi peluang untuk terus hidup hingga ke hari ini. Alhamdulillah sekali lagi. Tanpa buang masa jom kita bina subform pada jadual kita di MS Access. Ikut step okay, Jangan gelojoh terus pergi ke step terakhir. *winkle

Langkah 1

Klik pada ribbon create form wizard 



 Langkah 2

Pada kotak dialog form wizard, masukkan field yang anda inginkan dan pastikan anda memilih dua jadual dan pilihan kedua itulah yang ingin kita bina subform


Langkah 3

Pada pilihan "how do you want to view your data?" pilih by pelanggan. Pilih opsi Form with subform(s) di kanan bawah. Kemudian klik Next


Langkah 4

Pada pilihan "what layout would you like for your sub form ?" pilih datasheet, kemudian klik next


Langkah 5

Beri nama untuk form dan subform dan klik finish

Langkah 6

Susun subform yang telah kita bina mengikut citarasa sendiri. Dan selsesai klik "save"



Monday, August 3, 2015

Ilmu Combo Box

Assalamualaikum

Apa itu combo box ? Combo box adalah sebuah elemen berupa kotak (box) yang memungkinkan kita memilih data dari list yang tersedia. Biasanya tujuan penggunaan combo box menu ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk mencari maklumat yang tersedia ada pada sesuatu form. Ramai pengguna tidak tahu tentang fungsi combo box.

Di bawah ini adalah paparan menu atau dikenali sebagai ikon combo box yang digunakan dalam perisian Ms Access. Sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk menggunakan combo box pada sesuatu borang (form).

Langkah 1

Klik pada form yang telah kita bina pada perisian MS Access. Form yang kita guna hendaklah bersesuaian untuk memudahkan kita membina combo box dan kita memahami tentangnya. Kemudian kita klik pada ribbon  design  combo box
*Penerangan di atas mengikut gambar di atas



Langkah 2
Klik seperti yang tertera di atas dan tekan "next"


Langkah 3
Pilih satu maklumat yang anda inginkan untuk dijadikan combo box dan klik "next"


Langkah 4
Setelah memilih, kotak seperti di atas akan dipaparkan dan klik "next"




Tulis tajuk yang anda inginkan pada ruang combo box seperti di atas.

Langkah 6
Inilah hasil combo box yang anda hasilkan nanti, Klik pada botton "cari kod pelanggan" dan pilih kod yang anda inginkan pada jadual secara automatik akan terkeluar.




Akhir kata, saya mengharapkan apa yang saya sampaikan ilmu di blog pada kali ini dan sebelum atau selepas entri ini anda akan memahaminya, Selamat Mencuba.