Relationship One to one
Definasi one to one
One to one adalah setiap satu rekod dalam jadual hanya mempunyai
satu nilai yang sepadan dalam 2 jadual. Maksudnya rekod dalam jadual 2 itu mempunyai satu nilai yang
sepadan (sama) dengan jadual 1 dan terhubunglah hubungan one to one.
One to one mempunyai ciri seperti berikut:
·
Satu rekod hanya mempunyai satu
nilai
·
Mempunyai nilai yang sepadan
(sama)
·
Hanya mempunyai dua jadual
Contoh:
Katakan saya seorang peniaga yang ingin membuat rekod pelanggan
dalam sistem perisian Ms Access.
Saya meletakkan maklumat
alamat pada jadual yang berlainan untuk menjadikannya hubungan one to one
seperti rajah yang saya tunjukkan di atas.
Rajah 2
Sekarang kita boleh menghubungkan kaitkan antara jadual costumers dan jadual addresses. Setiap alamat yang
tergolong hanya untuk satu pelanggan
sahaja, hubungan ini merupakan hubungan “one
to one”. Perlu juga kita ingat bahawa jenis hubungan satu ke satu ini tidak
terlalu biasa. Jadual awal yang saya masukkan tadi telah saya masukkan beserta
alamat pelanggan itu. Seperti dalam jadual di atas rajah 2 telah saya wujudkan medan (field) customer_id pada jadual CUSTOMERS dan address_id pada jadual ADDRESS untuk dihubungkan di antara satu
sama lain. Ini dipanggil sebagai kekunci asing (foreign key). Ia memang
digunakan untuk semua pangkalan data. Kekunci asing berfungsi untuk melindungi
pangkalan data dari berselerak.
No comments:
Post a Comment