Tuesday, September 1, 2015

Belajar Menggunakan Gadget Melalui Sumber Internet

Dunia Modern

Pada abad 2000 ini banyak kemudahan dan teknologi yang canggih diperkenalkan. Oleh itu generasi kini lebih gemar menggunakan gadget sebagai tempat mereka menacri ilmu dan berhubung dengan rakan-rakan tentang pendidikan. Walaupun kemudahan masa kini nampak mudah, tetapi bagi para pelajar ada jugak permasalahan yang dihadapi.

Oleh kerana kebanyakan bahan bacaan ilmiah dalam bahasa inggeris, ramai pelajar menghadapi masalah memahami apa yang dibaca sepenuhnya disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dalam bahasa inggeris.

Contoh Sumber Rujukan 


  • Kamus atas talian percuma boleh digunakan untuk memudahkan para pelajar memahami bahasa inggeris dan menyebutnya dan memberikan panduan tatacara sebutan dengan betul.
  • Ruang pengajar muat naik bahan pengajaran boleh digunakan untuk membuka akaun dan melayari laman web Bledspace. Laman web Bledspace menyediakan ruang kepada tenaga pengajar untuk memuat naik bahan pembelajaran dan latihan berkaitan dengan topik pembelajaran
  • Perbincangan guna kumpulan WhatsApp boleh digunakan para pelajar membina sebuah kumpulan whatsapp. Berkemungkinan pelajar tidak mempunyai masa untuk bersemuka, oleh itu kemudahan aplikasi whatsapp perlu digunakan.
Kesimpulan

Pembacaan pada abad ke-21 banyak membabitkan penggunaan gajet dan internet bagi membantu pelajar dalam meningkatkan tahap pemahaman mereka. Oleh itu strategi pembacaan perlu diubah selari parubahan masa dan kemudahan.


Sumber

Netiquette





Maksud Netiquette 

Netiquette bermaksud etika internet atau tatacara dalam menggunakan internet. Memandangkan zaman sekarang masyarakat lebih gemar menggunakan internet dan lebih aktif di media sosial seperti twitter dan facebook dan intagram. Ramai pengguna di media sosial tidak menggunakannya kemudahan itu dengan bijak dan betul. Oleh itu, hari ini saya ingin membincangkan serba sedikit tentang etika dalam penggunaan internet agar pengguna dapat mengetahui dan menggunakannya dengan bijak.

Contoh-contoh Netiquette

  • Penggunaan e-mel Ramai pengguna mempunyai emel dan menggunakannya untuk keperluan dalam beberapa akaun, tetapi kurang mengemas kini emel yang dihantar oleh orang lain kepada kita.
  • Penggunaan huruf besar ketika menaip Ramai pengguna kurang mengetahui tentang penggunaan huruf besar atau CAPSLOCK yang terletak di papan kekunci komputer. Penggunaan huruf besar bagi bahasa komputer adalah satu ayat yang menunjukkan pengguna marah atau tidak suka. Oleh itu salah sekiranya pengguna menggunakan kesemua ayat dengan huruf besar.
  • Tidak digunakan untuk mencuri Setengah pengguna yang tidak tahu rasa berdosa atau bersalah akan menggunakan khidmat internet ini untu mencuri, sebagai contoh, pengacakan kartu kredit dan pembobolan kartu kredit.

Kepentingan Netiquette

  • Untuk melahirkan susana yang seronok ketika melayari media sosial
  • Tidak menganggu kententeraman orang lain
  • Tiada perpecahan antara kaum atau sesebuah bangsa
Panduan