- Dalam tetingkap Perhubungan, klik garisan perhubungan bagi perhubungan yang anda ingin ubah. Garisan perhubungan kelihatan lebih tebal apabila ia dipilih.
- Dwiklik garisan perhubungan.
Kotak dialog Edit Perhubungan terpapar.
- Pilih kotak semak Kuatkuasakan Integriti Rujukan.
- Buat sebarang perubahan tambahan pada perhubungan kemudian klik OK.
Selepas anda telah menguatkuasakan integriti rujukan,
- Anda tidak boleh memasukkan nilai dalam medan kunci asing jadual berkaitan jika nilai itu tidak wujud dalam medan kunci primer bagi jadual primer — berbuat demikian akan mencipta rekod yatim.
- Anda tidak boleh memadamkan rekod daripada jadual primer jika rekod sepadan wujud dalam jadual berkaitan. Contohnya, anda tidak boleh memadamkan rekod pekerja daripada jadual Pekerja jika terdapat pesanan yang diperuntukkan kepada pekerja dalam jadual Pesanan. Anda boleh memilih untuk memadamkan rekod primerdan semua rekod berkaitan dalam satu pengendalian dengan memilih kotak semak Padam Lata Rekod Berkaitan.
- Anda tidak boleh mengubah nilai kunci primer dalam jadual primer, berbuat demikian akan mencipta rekod yatim. Contohnya, anda tidak boleh mengubah nombor pesanan dalam jadual Pesanan jika terdapat item baris yang diperuntukkan kepada Pesanan dalam jadual Butiran Pesanan. Anda boleh memilih untuk mengemas kini rekod primer dan semua rekod berkaitan dalam satu pengendalian dengan memilih kotak semak Kemas Kini Lata Medan Berkaitan.
NOTA Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendayakan integriti rujukan, sila ambil perhatian bahawa syarat berikut diperlukan untuk menguatkuasakan integriti rujukan:- Medan umum daripada jadual primer mestilah kunci primer atau mempunyai indeks unik.
- Medan umum mesti mempunyai jenis data yang sama. Satu pengecualian adalah bahawa medan AutoNombor boleh dikaitkan dengan medan Nombor yang mempunyai seting sifat SaizMedanInteger Panjang.
- Kedua-dua jadual mesti wujud dalam pangkalan data Access yang sama. Integriti rujukan tidak boleh dikuatkuasakan pada jadual terpaut. Walau bagaimanapun, jika jadual sumber berada dalam format Access, anda boleh membuka pangkalan data yang ia disimpan dan mendayakan integriti rujukan dalam pangkalan data itu.
Anda mungkin menghadapi situasi yang anda mempunyai keperluan yang sah untuk mengubah nilai pada bahagian "satu" perhubungan. Dalam kes ini, anda memerlukanAccess mengemas kini secara automatik semua barisan yang dipengaruhi sebagai sebahagian daripada pengendalian tunggal. Dengan cara itu, memastikan kemas kini telah dilengkapkan sepenuhnya supaya pangkalan data anda tidak dibiarkan dalam keadaan tidak konsisten —dengan sebahagian baris dikemas kini dan sebahagiannya tidak. Access membantu anda menghindari masalah ini dengan menyokong opsyen Kemas Kini Lata Medan Berkaitan. Apabila anda menguatkuasakan integriti rujukan dan memilih opsyen Kemas Kini Lata Medan Berkaitan kemudian anda mengemas kini kunci primer, Access mengemas kini secara automatik semua medan yang merujuk kepada kunci primer.
Anda mungkin juga perlu memadamkan baris dan semua rekod berkaitan — contohnya, rekod pengirim dan semua pesanan berkaitan untuk pengirim tersebut. Atas sebab ini, Access menyokong opsyen Padam Lata Rekod Berkaitan. Apabila anda menguatkuasakan integriti rujukan dan memilih opsyen Padam Lata Rekod Berkaitan, Access secara automatiknya memadamkan semua rekod yang merujuk kepada kunci primer apabila anda memadamkan rekod yang mengandungi kunci primer.
- Dalam tetingkap Perhubungan, klik garisan perhubungan bagi perhubungan yang anda ingin ubah. Garisan perhubungan kelihatan lebih tebal apabila ia dipilih.
- Dwiklik garisan perhubungan.
Kotak dialog Edit Perhubungan muncul.
- Pilih kotak semak Kuatkuasakan Integriti Rujukan.
- Pilih sama ada kotak semak Kemas Kini Lata Medan Berkaitan atau Padam Lata Rekod Berkaitan atau pilih kedua-duanya.
- Buat sebarang perubahan tambahan pada perhubungan kemudian klik OK.